Blogger Templates

Sunday 4 November 2012

Choc Moist Cake #

Tempahan dr customer


Yg ni plak utk makan2 kat umh. Pd mulanya tak reti nk buat2 kek ni.tp sebab Sameer suka sesangat kek coklat ni.dalam seminggu kena habiskan rm25 utk sebijik kek. Bayangkan...sebulan rm80 utk kek coklat saja tak termasuk belanja2 lain lg.

Terpaksalah Mama Norry beranikan dirikan buat kek coklat moist kukus nih. Fisrt time buat masa arijadi abahnya last month.




Balik je ofis..terus ke dapur. Mmm..nasib baik bahan semua ada dlm stok. Maklum lah semua tak plan. Ingatkan nk ajak celebrate birthday dia kat luar. Katanya dia memang lewat sebab ada perlawanan bola peringkat akhir utk sekolah. Nak dijadikan cerita pulak perlawanan tu menang. So bertambah lah lewatnya sbb kn bawak budak2 sukan tu makan sempena kemenangan. secara tak langsung sempatlah prepare apa2 yang patut termasuk lah kek coklat kukus first trial.

Wink..wink..dh siap & menjadi nampaknya kek coklat tu. Dh siap topping semua skali pn...seronok tak terkata kalau hasilnya menjadikan! Anak2 semua makan. Hampir separuh jgk lah utk malam tu. So detik2 manis tu aku post kan dlm Fb.

Ramai gak kengkawan yg komen mengomen. He..he..
Dan ramai jugak yg tak mau lepas peluang utk merasa. Aku memang dh siapkan satu bekas utk kawan2 kat ofis. Ramai yg suka akan rasanya. Dan yang paling hepi ramai yang menempah. Dalam hati mungkinkah tercapai cita2ku utk buka kedai bakery suatu hari nanti. Belum apa2 khayalan dh datang.He..he..he..

Selepas membuat tempahan pertama kali tu,terus dapat aje tempahan2 kek coklat ni kemudiannya. Rezeki dari Allah...janji kita usaha lakukan yang terbaik. Setakat ni dpat byk jugak lah tempahan. Besar cita2ku utk masuk apa2 je kelas masakan ke,kek ke,puding ke, apa2 jelah utk menimba ilmu. Disebabkan minat yang melanda beginilah jadiknya yer! Doa2 lah yer agar aku berjaya!

No comments:

Post a Comment