Blogger Templates

Friday 7 October 2011

Sekitar Harijadi Hubby...

Assalamualaikum...

Hubby's Birthday jatuh pada 7hb Oct..Jumaat. Nak celebrate ke tak nak?he..he..terpikir gak nk celebrate, tp nk celebrate luar dari rumah susah jugak memandangkan Iris masih kecil. So, camane yer?beli kek potong ngan ank2 je lah. So,Kek harijadinya telah ku tempah awal2. Kek kali ni bukan macam kek biasa tau, memang kalau cari kat kedai pun takde lah..he..he. Saja nak buat special skit. Mmm...kek yang berlogokan Manchester City Fan Club. Memang dia minat sangat lah ngan Manchester City nih.




Oleh kerana belum pernah cuba lagi buat tempahan dengan tempat ni, aku cuba dulu tempah cupcake sebagai percubaan. Ye lah,takut2 tak sedap pulak kan. Bila try cupcake tu, mmm..memang best sangat,terus buat oder kek ni dan Cheese Tart sebagai tambahan menu. Time ni dia taktau pn aku arrange semua ni untuk dia . Saja tak nak bgtau..

Masih terfikir lagi,nk celebrate dengan anak2 je ke?atau jemput saudara mara dan kawan2?biar dulu lah..fikir kemudian. Tengok date pn macam cun je jatuh hari Jumaat, so sehari sebelum tu bincang dengan dia. So kita orang buat keputusan untuk jemput mak2 sedara memandangkan bleh raikan sekali sepupunya yang baru menjadi jiran kami. Slamat menjadi jiran tetangga to Tie n Rafihan..So meriah la skit bleh raikan semua ni dalam satu majlis. Terus angkat phone dan call untuk jemput mereka. Semuanya setuju untuk datang majlis ni.Wah..suka lah dia Auntie2 semua sporting nk datang. Time ni br bgtau ada Birthday Cake untuknya..tu pn sebab kn pegi ambik kek..he..he..




Sekarang tiba lah masa untuk fikirkan menu for that special day! Yang penting ada 2 menu utama kan..baru lah meriah.Secara spontan terfikir nak buat Kuzi Ayam..lagi pn raya baru2 ni still berpantang dan tak sempat nak merasa makanan sedap2. Second menu apa yer..mee goreng je lah,kira yang simple dan semua orang makan. Sebenarnya memang suka lah buat makan2 ni dan ajak saudara mara datang.bleh rapatkan lagi ikatan kekeluargaan.tak gitu?

Bila dah decide semua menu2, terus shopping bahan2 tu sehari sebelum. Maklum lah semuanya kn prepare menu2 tu sorang2,so kena get ready awal skit beli bahan2,takut tak sempat plak kan.

Jumaat jam 12malam, aku tak lupa jd orang pertama wish birthday untuknya..hepi nampaknya bila aku arrange  untuk celebrate birthday dia, takpelah, skali skala kan..

7 Okt..12tghari,skarang dh tiba masa untuk masuk dapur. So masak lah apa yg patut sepertimana yg dirancang. Jam 2.30 semuanya beres dan siap dihidang.






Saudara mara datang sepertimana yang dijanjikan. Terima kasih pada Teh,Ngah, Auntie Yah, Rafihan, Tie dan semua yang hadir. Meriah jugak nampaknya majlis ni. Hepi plak rasa,berbaloi2 masak semua ni untuk u all..he..he..
Kalau nak diikutkan ramai lagi yang nk dijemput, memandangkan last minute planning, ni sajalah yg sempat dijemput. Dalam hati ni ingat nak buat lagi dan nak ajak semua sanak saudara. Insya Allah jika diizinkan Tuhan...so mintak maaf lah pada yg tak sempat kami jemput.








Walau pun sedikit penat,semuanya terus hilang dengan kehadiran mereka. Semuanya nampak beselera menjamu hidangan yang tak seberapa olehku. Belajar2 buat sendiri la katakan. Nampaknya semua hidangan habis sebaik semua tetamu2 meninggalkan majlis. Kawan2 pun sempat merasa semuanya...Syukur lah majlis semuanya berjalan dengan selamat dan semuanya meninggalkan majlis dengan kekenyangan..he..he

Akhir sekali terima kasih pada semua yang sudi hadir... :))

Wednesday 5 October 2011

Darjat seorang isteri.




1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

~A