Blogger Templates

Saturday 3 November 2012

Luahan Rasa

Assalamualaikum wbt...

Hampir setahun tidak meng 'update' blog. Alhamdulillah...masih lagi diberi nafas olehNya...syukur.Tempoh perjalanan hampir setahun ini pelbagai suka duka kehidupan telah ku tempuhi.

Di samping sibuk dengan kehidupan seharian,sibuk dengan anak-anak yg makin membesar.Menyediakan segala keperluan mereka.Fikir segala yang terbaik utk masa depan mereka kadang kala lupa utk menguruskan diri dengan sempurna yang mungkin seperti di kala masa zaman ank dara dulu...Maklum laa..aku memang sukakan kesempurnaan segala2nya. Tak kiranya apa jua..dari segi ketrampilan,apa jua penjagaan dan apa2 je lah sentuhan ku.Bia lah senang dan sedap utk dilihat.

Ehh..panjang plak keterangan kat sini..he..he..Kalau nk diikutkan sepanjang tahun 2012 ini byk dugaan utk kami.Cuma tak perlulah dihebahkan.Satu demi satu kami selesaikan dengan kekuatan yg diberi Allah swt.Macam-macam perasaan yg tak boleh digambarkan. Tapi kami percaya jika kita di pihak yang benar...Allah sentiasa bersama kita...Insya Allah.

Dan kami tidak doakan yg tidak baik pada mereka yg betul2 kecilkan hati kami dan menganiayai kami. Kami cuma doakan Allah membuka pintu hati mereka.Setiap apa yg kami cuba beralah mungkin setakat ini. Tapi mereka tolak kami ketepi. Yang selebihnya kami serahkan pada Allah swt bukakan hati mereka sementara diberi peluang lg di atas dunia. Cukup2 lah melempar fitnah yg langsung kami tidak tahu. Apatah lg nk melakukannya?

Hanya mampu aku katakan...Alhamdulillah. Tak pernah terduga ini terjadi padaku. Kalau dapat kuundurkan masa,kucuba undurkan diri. Tapi ini ketentuan Ilahi..qada dan qadar dariNya. Hampir 7 tahun memendam rasa..sampai lah ke hari ini.

September yang lalu...detik yg aku tidak dpt aku lupakan dlm hidup.Ayah meninggalkan kami buat selama2nya. Selama ini dia lah yang menjaga ubat ubatan ma yg sekian lama menghidap kencing manis. Tidak pernah dia merungut sakit sebelum ini. Setakat demam biasa dia gagahkan jua. Kami adik beradik bagaikan tidak percaya dia meninggalkan kami. Patutlah di awal Ramadhan arwah beria2 ingin ke rumah anak2nya di KL. Habis semua buku2 hadis,Al Quran dibawanya.Memang kebiasaan sehari2 arwah habiskan masa dengan Al-Quran.Tak pernah sebelum ini dia nk ke sana lama2. Kali ini katanya ingin menyambut Ramadhan di sana. Kami ikutkan saja tanpa apa2 prasangka.

Seminggu dua di sana dia dh nampak kurang sihat. Demam pn berpanjangan. Sudah 2 klinik abang sulungku membawanya,hingga ke membawa arwah pemeriksaan lanjut di Hospital Sg.Buluh. Doktor cuba ikhtiar menukar antibiotik setiap hari. Tapi punca sebenar penyakit tidak diketahui selain diberitahu paru2 arwah bernanah. Ikhtiar hospital utk mengeluarkan nanah melalui tiub gagal. Pembedahan terpaksa dijalankan. So kami faham...ayah menghidap kanser paru-paru tahap akhir.

Lalu pembedahan akan dilakukan segera. Masuk saja bilik bedah pada mulanya nampak ok. Namun bila sahaja pembedahan nk dimulakan jantung dio mula collapse. Doktor cuba sedaya upaya melakukan apa yg sepatutnya. Tapi Allah lebih sayangkan arwah.Tanggal 26hb September 2012 arwah meninggalkan kami buat selamanya. Ya Allah...kau gagahkan lah kami utk menerima kenyataan ini. Pertama kali aku melalui saat getir ini. Dalam keadaan panik serba tidak kena keputusan yg nk dibuat. Kami bergegas ke Kl. Terpaksa ku tinggalkan anak2 yg tak pernah kutinggalkan. Aaron dan Iris..kutinggalkan dengan pengasuhnya. Hanya Sameer yg sempat kami bawa. Kata sepakat dari kaum keluarga ingin kebumikan arwah disana. Kami ikut dan turuti sahaja. Sempat lah juga membuat tahlil utk arwah utk 3 malam di sana. Selebihnya akan kami buat utk kaum keluarga yg berada di Kb.

Salah sedikit coretan dan rentetan sepanjang tahun 2012 yang hampir melabuhkan tirai. Kalau nk diikutkan masih byk yg tersimpan..tapi tak terluah di sini. Semoga Allah swt memberi kebahagiaan dan keceriaan pada kami di masa yang mendatang. Sesungguhnya aku terlalu bersyukur atas apa kurniaan nikmat dariNya. Yang terbaik itu datang dariMu Ya Allah..dan sebaliknya adalah dari kami...








1 comment:

  1. setiap ujian dari Allah swt itu sentiasa ada hikmahnya...sentiasa mohon agar diberi petunjuk dariNya

    ReplyDelete