Blogger Templates

Tuesday, 4 October 2011

Luk Chup






Orang Thai panggil kuih ini dengan nama Luk Chup...intinya ialah daripada kacang hijau, santan dan gula.  Dibentuk jadi buah-buahan dan sayur sayuran, diwarnakan dan dicelup dalam jeli.  Dari sumber yang boleh dipercayai (maid's sister from Southern Thailand), Luk Chup merupakan manisan Raja Siam dahulu kala dan hanya orang-orang yang belajar membuatnya di istana dapat membuatnya.  Luk Chup ni juga boleh dibuat sebagai hantaran semasa perkahwinan.  Di pasar pagi Sungai Golok ada sipembuat Luk Chup dan sangat laris jualannya.  Tetapi sekarang tak berani nak ke Golok dengan kadar  keselamatan yang tidak menentu.  The last time I went there was about 30 years ago....so long long ago before I was married.


We were fortunate to have a taste of Luk Chup when a nephew and his family paid a visit to the aunties last week.  He teaches in a school in Rantau Panjang and the Luk Chup was specially made by one of his student's mother who lives in  Sg. Golok.  




JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!: Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…


HOT,SWEET AND SOUR SIAKAP


cantikkan warna-warni photo atas ni...masakannya simple je, tapi saya suka tengok colournya yang ceria macam ni...ikan siakap tu saya tak buang sisiknya sebab tak mau soggy nanti bila di tuang sos...bersihkan semua bahagian dalamnya kemudian lumurkan dengan kunyit dan garam dan taburkan sedikit tepung supaya bila goreng nanti nampak cruncy sikit...goreng deep fry dalam minyak yang banyak dan panas hingga masak dan garing...letak atas pinggan hidang...

sos ikan tu saya guna sweet and sour mango sos...

mula-mula tumiskan dulu sebiji bawang besar yang di potong nipis, bawang putih cincang, halia cincang dan beberapa sudu cili blender hingga wangi, masukkan beberapa sudu sweet and sour sos...kalau takda tomato sos, pineapple sos pun boleh digunakan...masukkan tomato belah, cili padi, cili hijau, cili merah...anda juga boleh tambahkan carrot, broccoli, couliflower, nenas, timun, mushroom, kacang panjang, atau apa saja yang anda suka....tambahkan garam, gula dan perisa...tambahkan air jika pekat sangat...kalau tak cukup masam masukkan sedikit cuka.

tuang atas ikan tadi dan taburkan daun ketumbar, sup...etc...